Kelainan barbeku kawasan Barbeku

Terdapat banyak kelainan barbeku kawasan di sekitar dunia. Khususnya, pengamal di Amerika Syarikat Selatan menganggap barbeku hanya sebagai kaedah memasak tak terus menerusi asap kayu keras, dengan kaedah yang lebih terus dikenali sebagai "menggril". Bagaimanapun, dalam bahasa Inggeris British, kedua-dua "membarbeku" dan "menggril" merujuk kepada proses memasak yang cepat terus di atas sumber haba tinggi, manakala "menggril" merujuk kepada cara memasak terus di bawah sumber haba tinggi — dikenali sebagai "memanggang" (broiling) di Amerika Syarikat dan Kanada. Sebaliknya, dalam bahasa Inggeris Amerika Syarikat, "menggril" hanya merujuk kepada proses yang cepat di atas haba tinggi, manakala "membarbeku" merujuk kepada proses perlahan yang menggunakan haba tak terus dan/atau asap panas (sangat mirip dengan sesetengah bentuk "memanggang" (roasting). Misalnya, dalam gril rumah Amerika Syarikat yang tipikal, makanan dimasak di atas besi pengadang terus di atas arang bara, manakala untuk barbeku Amerika Syarikat, arang diratakan ke tepi atau pada jarak yang jauh dari besi pengadang. Versi Amerika Selatan termasuk churrasco Brazil selatan dan asado Argentina.

Sebagai alternatif, alat yang dipanggil "pengasap" yang memiliki bekas api yang berasingan boleh digunakan. Asap panas ditujukan ke daging menerusi arus perolakan untuk memasaknya secara sangat perlahan. Umumnya, inilah cara yang digunakan oleh kebanyakan restoran "barbeku" Amerika Syarikat. Bagaimanapun, kaedah restoran tersebut sebenarnya merupakan proses memasak yang tersendiri yang dikenali sebagai "menyalai".

Pada hakikatnya, semua kaedah memasak yang perlahan memecahkan kolagen daging dan melembutkan bahagian-bahagian yang lebih keras demi memudahkannya dimakan.

Rujukan

WikiPedia: Barbeku http://www.inmamaskitchen.com/FOOD_IS_ART/bbqartic... http://www.scbarbeque.com/History.html http://www.thebigredguide.com/news/safety-is-a-key... http://www.loc.gov/today/cyberlc/feature_wdesc.php... http://www.fsis.usda.gov/Fact_Sheets/Barbecue_Food... http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=... http://www.cbbqa.org/wiki/index.php?title=BBQ_FAQ http://www.nbbqa.org http://www.worldwidewords.org/qa/qa-bar1.htm https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Barbec...